Friday, April 2, 2010

Bola Sepak, Padang & Stadium


Bola sepak

Semua orang kenal benar dengan nama permainan ni!
Baik kecil mahupun yang dewasa atau pasca dewasa
baik di negara kita mahupun di hujung dunia ...
Bola sepak mempunyai peminat yang berjuta-juta

Masa kecil dulu selalu juga bermain bola sepak di Kampung Penambang Hilir
Selalunya kami bermain di "Padang Kojit", Penambang Hilir, Kota Bharu
Seronok memanglah seronak, budak-budaklah katakan, apa yang diingat hanyalah main, main, main.

Selalunya kami bermain sebelah petang "member-member" rapat seperti Stopa Tok Wan Dollah, Ali Kiah, Jaki, Tok Cik, Jjakar, Seman (sepupu), Udin (sepupu) dan ramai lagi selalu lepak dan bermain bola di pandang ni. Selain tu Padang Kojit nilah tempat berkumpulnya penduduk kampung melaksanakan aktiviti riadah. Ada juga yang bermain wau. Nama-nama glamour seperti Mat Ngibu, Mat Kopi O, Pok Leh, Tok Wan Dollah, Pok Him, Umar, Mat Kiah dan ramai lagi ... selalu bermain layang-layang. Namun kini ramai dalam kalangan mereka telah pun kembali ke ramhatullah (Al-Fatihah...)

Berbalik pada bola sepak tadi, kali terakhir rasanya pergi ke stadium tengok bola ialah semasa berada di Universiti Malaya dulu, tahun 80-an. dulu kalau tengok bola mesti seronok, serak tekak dibuatnya, almaklumlah asyik bersorak ... Sekarang ni bila anak dah besar barulah pergi ke stadium. Terkini ... baru-baru ni pergi ke Stadium Sultan Muhammed ke-IV tengok pertandingan Piala FA antara Red Warrior dengan Selangor, berkesudahan seri o-o.

Semalam, kunjungan kedua ke stadium bersama keluarga, bukan tengok bola tapi pergi tengok persembahan tatoo sempena Hari Pahlawan. Walaupun sampai lewat tapi sempat juga tengok persembahan yang diadakan. Ok lah juga ...




No comments:

Post a Comment